Muat Turun Semakan pertama : | |||||
Urus Setia, Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan MSSM, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan Julai 2006 | |||||
Semakan kedua : | |||||
Mesyuarat Pemurnian Tugas dan Tanggungjawab PTPS MSSM Telok Dalam Resort, Pulau Pangkor 28 – 30 Ogos 2006 | |||||
Semakan ketiga : | |||||
Mesyuarat Pengurusan Sukan Bersama Ketua Unit Sukan JPN 3/2006 Hotel Prime City, Kluang, Johor 16 – 18 November 2006 | |||||
Semakan keempat : | |||||
Mesyuarat Pengurusan Sukan Bersama Pengerusi-Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSM 1/2006 Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur 13 – 15 Disember 2006 | |||||
Semakan kelima : | |||||
Mesyuarat Pengurusan Sukan Bersama JPJS-KS-KU JPN Hotel Cititel, Pulau Pinang 11 – 13 Februari 2007 | |||||
Semakan keenam : | |||||
Mesyuarat Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan MSSM Bil. 2/2010, Olympic Sport Hotel, Kuala Lumpur 1 – 3 November 2010 | |||||
Semakan ketujuh : | |||||
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan MSSM Holiday Villa Hotels and Suites, Subang 13 – 15 Disember 2010 | |||||
Semakan kelapan : | |||||
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan MSSM Bil. 2/2012 Putra Palace Hotel 24-25 Mei 2012 | |||||
Semakan kesembilan : | |||||
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan MSSM Bil. 2/2012 JPN Selangor 19 Disember 2012 | |||||
PERATURAN AM | |||||
PERATURAN 1 : PENGELOLAAN | |||||
Seluruh pengelolaan Pertandingan Permainan MSSM diserahkan kepada Majlis Sukan Sekolah Malaysia yang boleh juga menyerahkan kuasa pengelolaan pertandingan kepada mana-mana Majlis Sukan Sekolah Negeri atau satu Jawatankuasa Khas MSSM yang dipilih oleh Jawatankuasa Kerja MSSM.
| |||||
PERATURAN 2 : UNDANG-UNDANG PERMAINAN | |||||
Undang-undang permainan antarabangsa yang berkuatkuasa semasa akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan bagi peringkat umur 18 tahun dan ke bawah kecuali ada undang-undang khas yang yang menguasai pertandingan permainan MSSM.
Manakala bagi peringkat umur 12 tahun dan ke bawah undang-undang permainan yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan serta diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja MSSM akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan.
| |||||
PERATURAN 3 : KELAYAKAN | |||||
3.1 | Peserta | ||||
3.1.1 |
Kelayakan Am
| ||||
3.1.2 |
Murid Sekolah Swasta/Sekolah Agensi Kerajaan Lain
| ||||
3.1.3 |
Murid Sekolah Sukan Malaysia dan Akademi Permainan Kebangsaan.
| ||||
3.1.4 |
Murid Pra Universiti di Sekolah Sukan Malaysia
| ||||
3.2 |
Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)
MSSN adalah layak mengambil bahagian dalam pertandingan permainan MSSM. Setiap negeri hanya berhak menghantar satu pasukan sahaja mengikut kumpulan umur dalam sesuatu pertandingan permainan melainkan ada sesuatu ketetapan khas.
| ||||
PERATURAN 4 : HAD UMUR PESERTA | |||||
4.1 |
Had umur peserta-peserta bagi pertandingan permainan MSSM adalah seperti berikut:
| ||||
4.2 |
Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun semasa pertandingan.
| ||||
4.3 |
Bagi peserta yang terbukti lewat pendaftaran kelahiran pada peringkat umur yang disertainya tidak layak menyertai pertandingan permainan MSSM.
| ||||
4.4 |
Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang sama.
| ||||
4.5 |
Semua peserta kecuali peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan asal kepada pengelola. Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mesti mempunyai dokumen pendaftaran KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 dari Jabatan Pendaftaran Negara.
| ||||
4.6 |
Semua peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan salinan sijil kelahiran / MyKid yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan sekolah peserta berkenaan.
| ||||
4.7 |
Semua peserta hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran Individu (Borang R 01 / M 01) secara individu berserta gambar ukuran pasport dengan menyertakan salinan kad pengenalan / sijil kelahiran yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan Sekolah peserta berkenaan dengan pengesahan terakhir oleh Pengurus Pasukan serta Setiausaha Agung MSSN masing-masing.
| ||||
PERATURAN 5 : PENDAFTARAN | |||||
5.1 |
Setiap MSSN hanya dibenarkan menghantar bilangan pegawai dan peserta sebagaimana yang telah ditetapkan ( Rujuk Lampiran A )
| ||||
5.2 |
Pasukan yang mempunyai peserta perempuan hendaklah diiringi oleh seorang atau lebih pegawai wanita.
| ||||
5.3 |
Pendaftaran pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran yang tertentu hendaklah disampaikan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pertandingan dimulakan. Sebarang pindaan diborang pendaftaran tersebut hendaklah ditandatangani oleh Yang DiPertua / Setiausaha Agung MSSN dengan cop rasmi.
| ||||
5.4 |
Jawatankuasa Pengelola akan menyemak dan mengesahkan kelayakan peserta semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan berdasarkan butiran dalam Borang Pendaftaran Individu (R01, M 01) serta dokumen sokongan tertentu yang lengkap (Lampiran B).
| ||||
PERATURAN 6 : PENGADIL / HAKIM | |||||
6.1 | Setiap MSSN dikehendaki menghantar pengadil / hakim bertauliah yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran sepertimana bilangan yang ditetapkan. (Rujuk Lampiran A) | ||||
6.1.1 |
Sekirannya MSSN yang mengelolakan pertandingan MSSM memerlukan khidmat Pengadil / Hakim selain daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Urus Setia MSSM .
| ||||
6.2 |
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan akan menyediakan elaun bertugas dan kemudahan yang bersesuaian kepada Pengadil/Hakim semasa berada di sebarang kejohanan kelolaan MSSM.
| ||||
6.3 |
Surat lantikan pengadil akan dikeluarkan oleh Urus Setia MSSM manakala tuntutan perjalanan dan makan pengadil/hakim ke tempat pertandingan akan ditanggung oleh MSSN.
| ||||
PERATURAN 7 : PENGERUSI TEKNIK PERMAINAN MSSN | |||||
7.1 |
Semua MSSN dikehendaki menghantar Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSN / Wakil masing-masing ke Mesyuarat Pengerusi Teknik Permainan berkenaan yang diadakan sebelum Kejohanan Permainan MSSM walaupun tidak menyertai kejohanan tersebut.
| ||||
7.2 |
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSM hendaklah menyediakan tempat mesyuarat dan keperluan mesyuarat.
| ||||
PERATURAN 8 : PEGAWAI PASUKAN | |||||
8.1 |
Pegawai Pasukan hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai Perkhidmatan Pelajaran. Jika sekiranya sesuatu pasukan menggunakan khidmat pegawai yang bukan daripada pegawai perkhidmatan pelajaran khasnya jurulatih (pegawai luar), mereka boleh mengikuti pasukan itu tetapi tidak boleh disenaraikan dalam borang pendaftaran pasukan. Pegawai tersebut hanya bertaraf penonton atau pemerhati sahaja. Segala tunjuk ajar hendaklah dibuat di luar permainan.
| ||||
8.2 |
Semua pegawai pasukan (Ketua Kontinjen, Pengurus Pasukan dan Penolong, Jurulatih dan pegawai-pegawai lain) hendaklah sentiasa memelihara dan mematuhi etika sebagai seorang pegawai perkhidmatan pelajaran bersesuaian dengan penjawat awam, berimej bersih dan menunjukkan tindak-tanduk serta tauladan yang baik semasa menjalankan tugas.
| ||||
8.3 |
Semua Pengurus / Pegawai Pasukan MSSN hendaklah hadir dan memberikan kerjasama kepada Jawatankuasa Pengelola terutama dalam majlis rasmi kejohanan seperti pembukaan rasmi, taklimat kejohanan, jamuan rasmi, mesyuarat-mesyuarat dan majlis penyampaian hadiah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.
| ||||
8.4 |
Pengurus / Pegawai Pasukan MSSN adalah bertanggungjawab dengan tidak meninggalkan kejohanan sebelum tamat dan mengaturkan perjalanan pasukan pada waktu siang sahaja serta menjaga keselamatan harta benda serta kerosakan semasa menginap di tempat penginapan.
| ||||
PERATURAN 9 : TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA PENGELOLA | |||||
Selain daripada kerja-kerja tertentu mengikut Perlembagaan Majlis, tugas-tugas Jawatankuasa Pengelola adalah seperti berikut : | |||||
9.1 |
Menentukan tempat, tarikh dan masa kejohanan setelah berbincang dengan Setiausaha Agung MSSM. Sebolehnya kejohanan hendaklah diadakan semasa cuti penggal persekolahan.
| ||||
9.2 | Melantik pegawai-pegawai bertauliah yang diperlukan. | ||||
9.3 |
Menyediakan peralatan dan persediaan yang diperlukan seperti padang, gelanggang, tempat penginapan, kenderaan dalam bandar, makanan dan lain-lain yang berkaitan dan memberitahu kepada semua negeri nama dan jenis alatan sekurang-kurangnya sebulan sebelum pertandingan dimulakan.
| ||||
9.4 |
Jawatankuasa Pengelola tidak mengenakan sebarang deposit bayaran penginapan dan segala kerosakan akan dituntut oleh Jawatankuasa Pengelola kepada negeri yang disahkan atau terbukti melakukan kerosakan tersebut.
| ||||
9.5 |
Menjemput semua Setiausaha Agung / wakil MSSN hadir untuk menyaksikan cabutan undi.
| ||||
9.6 |
Menjemput Ketua Unit MSSM atau Penyelaras Permainan MSSM dan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSM hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengelolaan dan Teknikal serta mengendalikan proses cabutan undi.
| ||||
9.7 |
Mengedarkan notis mesyuarat Jawatankuasa Pengelola dan salinan minit mesyuarat kepada :-
| ||||
9.8 |
Mengedarkan segala surat pekeliling dan keputusan rasmi kepada :-
| ||||
9.9 |
Segala Keputusan Rasmi kejohanan hendaklah dimaklumkan kepada urus setia MSSM secara bertulis atau lisan melalui Penyelaras Permainan sebaik kejohanan tamat atau sehari selepas kejohanan untuk makluman urusetia MSSM.
| ||||
9.10 |
Laporan Pengelolaan beserta dengan akaun perbelanjaan hendaklah dihantar secara rasmi menggunakan format tertentu dalam masa 1 bulan selepas tamat sesuatu kejohanan.
| ||||
PERATURAN 10 : SISTEM PERTANDINGAN | |||||
Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan/atau cara kalah mati seperti berikut:- | |||||
10.1 | Cara Liga Empat Kumpulan ( A, B, C dan D ) | ||||
10.1.1 |
Pusingan Pertama
Johan - Kumpulan A Naib Johan - Kumpulan B Ketiga - Kumpulan C Keempat - Kumpulan D
| ||||
10.1.2 |
Pusingan Kedua (Suku Akhir)
| ||||
10.2 | Cara Liga Tiga Kumpulan | ||||
10.2.1 |
Pusingan Pertama
Kumpulan A - Johan tahun lalu
Kumpulan B - Naib Johan tahun lalu
Kumpulan C - Tempat Ketiga tahun lalu
| ||||
10.2.2 |
Pusingan Kedua
| ||||
10.2.2 |
Pusingan Separuh Akhir
| ||||
10.2.3 |
Pusingan Akhir
| ||||
10.3 | Cara Liga 2 kumpulan. | ||||
10.3.1 |
Pusingan Pertama
| ||||
10.3.2 |
Pusingan kedua
| ||||
10.3.3 |
Pusingan Akhir
| ||||
10.4 | Cara Liga Satu Kumpulan | ||||
10.4.1 | Sekiranya empat hingga lima pasukan mengambil bahagian, pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan. Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan diisytiharkan sebagai JOHAN. | ||||
10.4.2 | Sekiranya terdapat tiga atau kurang pasukan yang mengambil bahagian pertandingan tidak akan dilangsungkan. | ||||
PERATURAN 11 : MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH | |||||
11.1 | Pasukan/Peserta yang telah mengesahkan persetujuan mengambil bahagian dalam sesuatu kejohanan tidak dibenarkan menarik diri. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada pasukan tersebut sekiranya melanggar peraturan ini. | ||||
11.2 | Sekiranya ada pasukan/peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan/peserta itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan yang berkenaan. | ||||
PERATURAN 12 : BANTAHAN | |||||
12.1 | Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis. | ||||
12.2 | Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta atau sesuatu perlawanan yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta/pasukan tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protest) dan perkara tersebut hendaklah diselesaikan 1 jam selepas menerima bantahan rasmi. | ||||
12.3 |
Bantahan berhubung dengan permainan dalam acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada :
| ||||
12.4 | Semua bantahan acara individu hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan bagi acara individu sebanyak RM200.00 (Ringgit : Dua Ratus sahaja) dan acara berpasukan RM300.00 (Ringgit : Tiga Ratus sahaja). Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak berasas. | ||||
12.5 | Keputusan Jawatankuasa Bantahan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad. | ||||
12.6 |
Keanggotaan Jawatankuasa Bantahan yang akan bersidang terdiri daripada:
| ||||
PERATURAN 13 : JURI RAYUAN | |||||
13.1 | Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) melainkan bagi Balapan dan Padang (Olahraga) dan Akuatik. | ||||
13.1.1 | Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / wakilnya | ||||
13.1.2 | Penyelaras Permainan MSSM | ||||
13.1.4 | 5 orang Pengurus Pasukan MSSN yang berdaftar yang tidak terlibat dalam Jawatankuasa Bantahan | ||||
13.1.5 | Setiausaha J/K Pengelola Kejohanan - Ex-Officio | ||||
13.2 | Juri Rayuan bertanggungjawab untuk : | ||||
13.2.1 |
Mengambil tindakan mengenai disiplin pelajar, guru dan pegawai kejohanan yang berkenaan bagi semua perkara kejohanan dijalankan seperti berikut:
| ||||
13.2.2 | Bertanggungjawab membuat pelaporan mengenai peristiwa yang telah berlaku kepada urusetia MSSM secara lisan seberapa segera yang boleh dan secara bertulis selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan dengan membuat cadangan yang wajar untuk tindakan selanjutnya. | ||||
13.2.3 | Pasukan, pegawai atau peserta yang digantung oleh sekolah, MSSD, MSSN atau MSSM kerana dikenakan tindakan tatatertib hendaklah dilaporkan kepada Persatuan Permainan yang berkenaan. | ||||
13.3 | Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang berkenaan termasuk Lembaga Tatatertib dan keputusannya adalah muktamad. | ||||
PERATURAN 14 : LEMBAGA TATATERTIB | |||||
14.1 | Lembaga ini terdiri daripada | ||||
14.1.1 | Pengarah BS (Setiausaha Agung MSSM) atau wakilnya | ||||
14.1.2 | Pengerusi Jawatankuasa Teknik & Pembangunan MSSM atau wakilnya. | ||||
14.1.3 | Yang DiPertua MSSN Pengelola atau wakilnya. 3 orang Setiausaha Agung MSSN yang tidak terlibat dengan kes tersebut. | ||||
14.1.4 | Setiausaha Jawatan Kuasa Pengelola – Ex-Officio. | ||||
14.2 | Lembaga ini bertanggungjawab untuk mengambil maklum keputusan Juri Rayuan dan membuat keputusan untuk mengenakan tindakan selanjutnya, jika perlu. | ||||
PERATURAN 15 : MAJLIS RASMI SEMPENA KEJOHANAN | |||||
15.1 |
Semua pegawai dan peserta pasukan MSSN yang menyertai pertandingan permainan MSSM hendaklah menentukan semua pesertanya menghadiri :
| ||||
15.2 |
Jika terdapat MSSN yang tidak mematuhi peraturan ini tanpa sebab munasabah, tindakan tatatertib boleh diambil. Pengelola hendaklah memaklumkan kepada urus setia MSSM serta Pengarah Pelajaran Negeri berkenaan supaya tindakan diambil terhadap pengurusan pasukan.
| ||||
PERATURAN 16 : KESELAMATAN | |||||
16.1 | Semua pegawai dan peserta MSSN yang menyertai kejohanan MSSM hendaklah dilindungi insurans. | ||||
16.2 | Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan/harta benda atau sebarang kecederaan lain berlaku. | ||||
16.3 |
Jawatankuasa Pengelola sentiasa memberikan segala penerangan dan akan mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan yang diperlukan sepanjang masa kejohanan tesebut.
Walaubagaimanapun pihak pengelola kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.
| ||||
16.4 | Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSM berhubung dengan kejohanan yang diadakan. | ||||
PERATURAN 17 : PENYALAHGUNAAN DADAH | |||||
17.1 | Penggunaan dadah yang tidak dibenarkan seperti penyalahgunaan dadah merbahaya adalah diharamkan. | ||||
PERATURAN 18 : KENYATAAN AKHBAR | |||||
18.1 | Semua pegawai atau peserta yang menyertai Kejohanan MSSM dilarang membuat sebarang kenyataan akhbar / media elektronik, cetak kecuali dengan kebenaran. | ||||
18.2 | Kenyataan akhbar yang dibuat oleh peserta hendaklah diiringi oleh pegawai pasukan. | ||||
PERATURAN 19 : PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA | |||||
19.1 | Semua peraturan yang dinyatakan di atas mesti dipatuhi dan dibaca secara bersama. Jika ada dinyatakan perkara-perkara lain dalam undang-undang permainan tersebut hendaklah juga dipatuhi. | ||||
19.2 | Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad. | ||||
LAMPIRAN BERSAMA PERATURAN AM MSSM | |||||
Lampiran A: Pecahan Bilangan Pegawai Kontinjen MSS Negeri (Bilangan pengadil untuk Acara Merentas Desa Rujuk lampiran berkenaan) | |||||
Lampiran B: Dokumen Sokongan Yang Perlu Diserah Bersama Borang R 01 & M 01 ( Perkara 1.4) Rujuk lampiran berkenaan | |||||
Borang R01 & M01 : Borang Pendaftaran Individu | |||||
Borang R02 & M02 : Borang Pendaftaran Pasukan | |||||
Lampiran B | |||||
DOKUMEN SOKONGAN PENDAFTARAN ATLET PERLU DISERAH BERSAMA BORANG R 01 DAN M 01 | |||||
(Peserta tidak layak mengambil bahagian dalam Kejohanan MSSM sekiranya Borang R01 / M 01 tidak lengkap maklumatnya selepas tamatnya Mesyuarat Pengurus Pasukan ) | |||||
1. | SEKOLAH HARIAN | ||||
1.1 | Murid Sekolah Rendah (Pemain berumur 12 tahun dan ke bawah) | ||||
| |||||
1.2 | Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 15 tahun dan ke bawah) | ||||
| |||||
1.3 | Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 18 tahun dan ke bawah) | ||||
| |||||
2. | SEKOLAH SWASTA / AGENSI KERAJAAN LAIN | ||||
2.1 | Murid Sekolah Rendah (Pemain berumur 12 tahun dan ke bawah) | ||||
| |||||
2.2 | Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 15 tahun dan ke bawah) | ||||
| |||||
2.3 | Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 18 tahun dan ke bawah) | ||||
| |||||
3. | SEKOLAH SUKAN MALAYSIA / AKADEMI PERMAINAN KEBANGSAAN | ||||
Surat pengesahan pelepasan daripada Sekolah Sukan Malaysia / Akademi Permainan Kebangsaan untuk pelajar mewakili MSSN. | |||||
3.1 | Murid Sekolah Rendah (Pemain berumur 12 tahun dan ke bawah) | ||||
| |||||
3.2 | Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 15 tahun dan ke bawah) | ||||
| |||||
3.3 | Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 18 tahun dan ke bawah) | ||||
|
SELAMAT DATANG
Tuesday, 28 May 2013
PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
Labels:
Peraturan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment